Pages

Saturday, August 15, 2009

Segitiga itu lengkap


Nina, Amir dan Imran merupakan sahabat yang baik. Mereka selalu bersama sejak dari tingkatan satu hinggalah sekarang. Mereka belajar di Kolej Cyber dan kini telah masuk dalam semester ke-empat.


Dalam masa yang sama Amir merupakan pelajar yang popular di Kolej kerana keaktifannya menyertai kurikulum kolej serta bijak dalam akademik dan memiliki wajah yang tampan dan menawan serta mampu membuatkan pelajar-pelajar wanita terpikat padanya dengan hanya satu senyuman.



Imran, walaupun namanya seolah-seolah menggambarkan seorang lelaki yang gagah namun sebaliknya. Imran seorang lelaki yang lembut tetapi tidaklah terpesong ke jalan yang salah, Imran amat meminati Amir. Sangat-sangat berharap bahawa dia boleh menjadi lelaki sejati seperti Amir. Setiapkali Amir bermain bola sepak, dia hanya menjadi penyokong. Namun disebalik kelembutan itu, Imran sangat prihatin dan mengambil berat terhadap orang lain. Terutamanya Nina, kerana Nina seorang wanita yang bendul. Terlalu baik dan lurus serta selalu mengikut kata orang dan selalu di buli. Itulah mereka, dengan perangai serta karakter yang berbeza.



“Wah.. kau ni, kacak betul la. Semangat aku nak belajar pagi-pagi macamni sebab ada kau la.” Seloroh Im. “Hahaha, kau ni Im, ada-ada saja. Mana Nina?” soal Amir. “Nina?? Tu kau Nampak tak?? Tengah kemas kelas. Aku dah cakap minggu ni bukan tugas dia. Sepatutnya tugas si minah gedik tu yang syok sangat kat kau tu. Tapi minah gedik tu paksa si Nina tu buat. kau tahu je la dia tu. Bukan jenis nak melawan. Ikut hati aku kan. Nak je aku sepak-sepak minah gedik tu.” Terang Imran panjang lebar dengan penuh gaya sekali. “Ok,ok.. kauni banyak cakap la. Biar aku panggil Nina. Aku nak buat discussion untuk assignment advertising tu.” Amir meletakkan beg galasnya dan menuju ke arah Nina.



“Nina” Amir memanggiI dan Nina memandang Amir yang tinggi darinya. Amir menjentik dahi Nina, “Oi, apa ni.. sakitlah..” marah Nina sambil mengusap dahinya. “Kau tak nampak ke jadual kebersihan tu?? Lagipun yang kau menyapu sampai luar kelas apahal?? Kolej ni bayar duit gaji cleaner tu la, biar la diorang yang buat. Lagipun bukan duty kau.” Marah Amir. “Hai, Mir, you free tak petang ni? Jom pergi minum-minum.” Shasha menyoal Amir dan membelai-belai lengan Amir. “Oi, oi, ni apa pegang-pegang laki aku ni?? Kau nampak tak penumbuk aku ni? Kalau nak rasa, gedik la lagi. Tak tahu malu betul. Ni la orang perempuan sekarang, nak over acting pula.” Marah Imran sambil tangannya memukul lembut bahu Shasha. “Ei, apa ni.. pukul-pukul aku pula. Dah la pondan.” Balas Shasha. “Shasha, kau jangan nak cakap macamtu dengan Imran ok. Dia bukan pondan tapi lembut je. Faham?” marah Amir pada Shasha. Shasha menjeling Imran dan terus berlalu menuju ke tempat duduknya. “Sukeee nye aku, putera idaman aku telah mempertahankan maruah aku. Wahh…” sampuk Imran. “Im, kau boleh jangan gurau macam tu? Aku ada rasa yang tak best la bila kau cakap macam tu.” Balas Amir. Nina hanya ketawa melihat telatah “suami isteri” di hadapannya.



Di tepi padang kolej. “Kau tengok tu Nina, gagah betul Amir tu kalau kat padang kan. Ramai student perempuan yang suka dengan dia.” “Tula, wah, kau tengok tu Im, Amir dah berjaya jaringkan gol.” “Aku takkan terlepas pandang pun setiap gerakkan Amir, Nina Oi.. wah.. dialah putera idaman aku. Hm, dia memang menonjol daripada yang lain la, lagipun wajah dia sangat kacak sebab tu ramai yang menyibuk.” Imran bersuara dengan penuh semangat. “Prit Prit” wisel penamat berbunyi. Kolej kami menang hasil daripada kejayaan Amir yang berjaya menjaringkan dua gol. Amir kemudian berlari anak menuju ke arah Imran dan Nina. “Im!” Amir memanggil. “Iye, kekasihku. Ni aku ada bawa bekal. Nah, aku suapkan kau atas usaha keras kau tadi.” Imran menyuapkan makanan pada Amir. “Macam suami isteri. Aku pun nak juga.” Sampuk Nina tiba-tiba. “Erkk.. nah, kau pun rasalah juga Nina, bekal makanan istimewa dari Imran iaitu ‘Set Isteri Tercinta’.” Imran bersuara girang dan menyuapkan kedalam mulut Nina. “Jangan lah bergurau macamtu Imran!” Marah Amir. Mereka ketawa bersama-sama. “Tendangan kau tadi memang dasyat.” Nina bersuara. “Alah, pemain yang lain pun turut bantu juga untuk aku buat tendangan tu.” Balas Amir rendah diri. “Yela, tapi dengan tendangan yang laju macamtu, siapa boleh halang kau.” Sampuk Imran. Hubungan mereka sangat sempurna persahabatan yang dijalin begitu luhur dan seolah-olah lengkap menjadi sebuah segitiga. Tetapi setiap perhubungan itu tidak semestinya akan berkekalan untuk selamanya. Amir dan Nina masih lagi berborak mengenai perlawanan tadi. “Korang!” Imran bersuara tiba-tiba menyebabkan perbualan di antara Nina dan Amir terbantut. Mereka berdua memandang wajah comel jambu Imran. “Apahal?” soal Amir. “Apakata kalau korang berdua ni couple.” Perkataan yang terkeluar dari mulut Imran membuatkan Nina dan Amir terpaku. “Gila, apa kau merepek ni?” soal Nina dan wajahnya sudah kemerahan menahan malu apabila Imran berkata sedemikian. “Please… untuk aku.. lagipun.. er.. aku, aku nak pindah jadi aku akan rasa lega kalau Amirul Rafi kesayangan aku ni dijaga oleh kau Nina.” Imran mengenggam jemari Nina dan membuat wajah yang paling sedih. Matanya membulat dan seolah-olah bersinar apabila memandang wajah Nina. “Kalau Nina setuju, aku ok saja.” Sampuk Amir dengan wajahnya merah padam. “Amir! Ni hah, kau punya jersi dengan sweater lupa ke!?” panggil Hanif rakan sepasukan Amir. Amir kemudian terus turun tangga menuju ke padang untuk mengambil barangnya.



“Setahun je, graduation nanti aku akan pulang ke sini semula.” “Apani? Couple? Berpindah? Peningnya aku!” balas Nina seolah terkena histeria. “Tolonglah Nina.” “Imran Bin Ikhwan kenapa aku pula?” Nina seolah mahu menangis. “Aku akan balik bila graduate day nanti. So, sepanjang setahun pemergian aku, aku nak kau yang berada di samping Amir. Aku tak nak cencorot-cencorot yang gedik-gedik tu mencicit-cicit dengan Amir. Hanya kaulah harapan aku Nina. Kau Cuma perlu berpura-pura je jadi kekasih Amir dan lindungilah dia dari makhluk perosak tu semua.” Imran bersuara dengan penuh sebak dan sayu. “Waaah!! Kau ni serius ke Im?? Aku ingat kau bergurau tadi..” balas Nina lagi. “Tapi, kau tak rasa takut ke kalau aku dan Amir memang betul-betul di lamun cinta dan bila kau balik nanti aku takkan serahkan Amir pada kau macamana?” soal Nina. “Oh, itu aku tak risau langsung, aku cuma takut Amir yang akan bosan dengan kau. Sebab kau tu dah la bendul, lembik dan suka menangis.” “Kau pandang rendah kat aku ya. Baiklah! Aku takkan berpura-pura bencinta dengan Amir tapi kami akan jadi pasangan yang paling bahagia. Huh.” Semangat Nina bersuara. Imran hanya tersenyum dengan telatah Nina. “Aku akan menjadi teman wanita Amir yang betul-betul dan aku akan keluar dengan dia betul-betul tau. Kau jangan kecewa nanti.” Nina bangun dan turun dari tangga menuju ke arah Amir. “Amirul Rafi, aku setuju untuk jadi girlfriend kau.” Selamba Nina bersuara. Beberapa pelajar lain yang berada di situ terkejut dengan drama yang berlaku di hadapan mereka. Amir pula hanya tersenyum dan mengangguk. “Apa??!! Pasangan baru telah muncul.” Hanif bersuara.



Kini Amir dan Nina telah menjadi sepasang kekasih yang bahagia. Siapa yang tidak mahu kalau berdamping dengan Amir. Namun yang pasti ramai pelajar yang tidak puas hati dengan keputusan Amir kerana memilih Nina sedangkan ramai yang lebih cantik dan menarik daripada Nina. Shasha dan rakan-rakannya semakin sakit hati dengan Nina dan mereka akan melakukan apa sahaja asalkan hubungan Amir dan Nina putus.



Keesokkannya, “Itula dia, awek Amir.” “Oh, rupa dia biasa-biasa je. Takdelah apa-apa yang istimewa pun.” “Amir dah ada girlfriend sekarang.” “Tu la dia.”


“Wah, pagi-pagi lagi dorang dah tahu hal aku dengan Amir. Cepat betul berita tersebar.” Nina mengomel sendirian apabila dia mendengar cakap-cakap orang di sekelilingnya. “Hai Nina, wah, kau bawa bekal untuk tengahari nanti ke?” soal Imran yang muncul tiba-tiba. “Hah, Im, ha’ah aku buatkan bekal macam kau selalu buat untuk Amir. Aku akan mula belajar untuk jadi teman wanitanya.” “Bagus-bagus, teruskan usaha tak sabar nak tunggu waktu tengah hari, nak juga aku merasa masakan kau, adakah setanding dengan aku.” Kemudian terdapat beberapa orang pelajar wanita yang sedang berbisik-bisik mengata mengenai Amir dan Nina. “Pedulikan apa yang diorang cakap. Yang penting itu adalah hidup kau dan kau kena yakinkan diri ok?” Imran menepuk lembut bahu Nina. “Ah, Im.. terima kasih.” Balas Nina.



Waktu tengahari, “Mana dia ni, tadi dia yang beriya sangat tak sabar nak tunggu time ni, tapi sampai sekarang pun masih tak muncul-muncul lagi. Geram.” Nina mengadu pada Amir. “Mungkin dia sengaja beri kita peluang untuk berdua-duaan macamni kot.” “Erk.. tapi kita sepatutnya menghabiskan masa dengan dia. Tinggal sebulan ni saja dia akan pergi ke Australia. Dan aku mengharap dia bawa makanan yang lagi sedap.” “Er, takpe, nasi goreng ni pun sedap.” Puji Amir. “Sedap?? Tawar adalah. Aku memang tak boleh nak menandingi cara Imran. Walaupun dia seorang lelaki si lembut tapi dia banyak keistimewaannya.” “Betul tu. Aku sokong. Ramai yang suka berkawan dengan Imran kan walaupun dia macam tu.” Balas Amir lemah kerana Nina asyik bercerita mengenai Imran. “Hah, Amir, ni aku ada bawakan kau makanan yang sedap tau. Aku beli dekat kedai sana. Pakcik tu punya masakan memang sedap.” Shasha bersuara tiba-tiba. “Takpe, terima kasih je. Aku hanya akan makan makanan yang Nina bagi saja.” “Huh, apalah yang ada sangat pada pompuan bendul tu, menyampah betul aku.” Shasha terus berlalu. “Amir, sampai macam tu sekali?? Terima kasih ye.” “Kau jangan bimbang tentang mereka ok.” “Amir, kenapa kau setuju couple dengan aku? Maksud aku, kau amat terkenal di kalangan pelajar wanita dan kau boleh pilih yang lebih baik dan cantik berbanding aku.” Terang Nina. “Tapi aku pilih kau.” Ringkas jawapan Amir. “Hah?” Nina bersuara terkejut. “Sebenarnya memang hubungan macamni yang aku harapkan dari dulu lagi.” Terang Amir. “Ha?? Maknanya, kau memang dah lama suka kan aku la?? Baiklah, aku akan cuba masak yang sedap untuk kau.” Balas Nina bersungguh.



Di tempat lokar, “Dah makan tengah hari ke?” soal Imran yang muncul tiba-tiba dari balik dinding lokar. “Dah..” ringkas jawapan Nina yang marah dengan Imran kerana tidak makan bersama. “Macamana dengan date korang?” “Sangat iiiiinnndddaahhh…” balas Nina dengan penuh perasaan sengaja ingin sakitkan hati Imran. “Baguslah kalau macam tu mesti putera aku happy kan??” soal Imran gedik. “Memang pun. Kau jangan jeles tau. Sebab aku akan ambil alih tugas kau dan jaga Amir.” “Takpe, aku suka. Hihihi..” Manja Imran membalas. “Mak!! Katak.. Adoi!!” Nina menjerit apabila dia membuka lokarnya sekumpulan katak keluar dari lokar miliknya dan kaca yang pecah penuh dalam lokarnya. “Hahaha” Shasha dan rakan-rakannya tertawa terbahak-bahak. Nina yang terkejut terjatuh dan menyebabkan tangannya luka terkena kaca yang berderaian. “Diorang ni memang nak kena ajar!” Marah Imran dan menumbuk pintu lokar milik Nina. Nina yang jatuh terduduk terkedu dengan perubahan Imran. Lelaki lembut itu telah menjadi lelaki sejati apabila berkelakuan sebegitu. “Tak apa-apa la Im, biarlah.” Nina bersuara dan menghalang Imran daripada bergaduh dengan Shasha. “Ah! Pasti mereka tak dapat di maafkan. Jom.” Imran menarik Nina. “Lupakan je la Im. Aku takde apa-apa pun.” Imran menarik kuat lengan Nina dan merenung wajah anak gadis itu. “Diorang tu patut di ajar! Buat macamni kat kau, kejam tahu tak?! Cepat ikut aku!” Marah Imran. Dada Nina berdegup kerana selama perkenalannya dengan Imran, tidak pernah Imran marah sebegini. Imran yang lembut dan periang telah bertukar watak. “Kenapa kau begitu marah Im?” soal Nina. “Huh, aku memang dah lama nak ajar perempuan gedik tu. Selalu ganggu Amir aku.” “La.. dendam peribadi nampaknya.” Lemah balas Nina. “Eh, Im, kau kenapa? Tak pernah kau marah macamni?” soal Amir yang tiba-tiba muncul. “Takde, Amir, biasalah kan. Ni, pintu lokar aku tak boleh bukak, jadi aku nak tumpang letak bekal aku ni dalam lokar kau ya Amir. Boleh?” Nina segera menyampuk pertanyaan Amir. Imran blur dengan perlakuan Nina yang mahu menyembunyikan perkara sebenar. “Amirul, kemari sekejap.” Pengerusi kelab bola sepak memanggil Amir. “Ye, baiklah. Boleh Nina. Kau tahu yang mana lokar aku kan. Nah, ni kuncinya.” Amir memberi kunci lokar miliknya. Shasha yang melihat kemesraan Amir dan Nina berasa sangat marah.


Shasha amat meminati Amir sejak semester pertama dan Amir pula hanya buat tak tahu dan menganggap mereka hanya kawan biasa. Shasha telah mencuba sedaya-upaya untuk menarik perhatian Amir dan kadangkala Amir akan melayannya dengan baik, itu yang menyebabkan Shasha sakit hati dengan Nina. Baginya gadis itu tidak layak untuk Amir dan hanya akan mengganggu usahanya untuk mendapatkan Amir.



“Kenapa kau tak bagi aku bagitahu perkara yang sebenar?” soal Imran sambil membuat muka merajuk. “Ala, masalah kecil, bukan salah dia aku jadi macam ni. Lagipun Amir kan memang ramai peminat. Memang patut la aku kena sebab aku jadi girlfriend dia. Orang ramai peminat kan? Lagipun kau bukan tak tahu perangai Shasha tu. Dia memang suka sangat dengan Amir.” “Kauni, lurus sangat la. Sebab tu orang asyik buli kau je. Macamana kau nak jaga Amir untuk aku kalau kau sendiri pun lembik?” “Yela, aku tahu. Aku akan berusaha lagi lepas ni ok.” Balas Nina sambil mencubit pipi Imran yang bersih. “Banyaklah kau punya usaha. Tu tangan tu dah naik kering darah kat tangan kau tu. Nah, ambil ni.” Imran memberikan plaster kepada Nina. “Banyaknya.” “Kau tengoklah luka kat tangan kau tu berapa banyak. Lagi satu, kalau ada apa lagi yang berlaku, kau bagitahu aku.” Balas Imran dan berlalu meninggalkan Nina.



Sejak itu, apabila Amir tiada di sisi aku dan setiapkali Amir tidak memandang, aku terus di buli dengan teruk. Macam-macam aku diperlakukan, assignment aku yang sengaja di koyakkan, bila duty aku untuk membersihkan kelas, macam-macam kekotoran yang sengaja dibiarkan. Namun sedikit pun aku tidak beritahu Amir dan hanya Imran yang tahu mengenai hal ini kerana dia sahaja yang memerhatikan aku.


“Aku dah letih dengan semua ni. Bila la diorang nak berhenti perlakukan aku macamni.” Nina mengeluh dan menutup pintu kelas. “Nina, tepi!” Imran menarik Nina dengan pantas. “Buukkk!” baldi yang dipenuhi air terjatuh. “Lainkali jangan termenung. Tengok sekeliling.” Marah Imran. “Mana ada aku termenung! Ah, apa pula kali ni. Aku dah tak larat la Im.” Keluh Nina. “Kau pergi cuci muka tu dulu. Dah macam muka apa tah, jatuh personaliti tau. Pergi-pergi cepat. Aku tunggu di café.” Imran menyuruh. “Yela, yela” longlai langkah Nina menuju ke tandas. Amir perasan tentang keakraban Nina dan Imran dan sedikit sebanyak dia cemburu akan keakraban mereka. Dia sedar dia tidak banyak meluangkan masa dengan mereka ketika ini kerana sibuk dengan latihan bola dan aktiviti lain berkenaan dengan kolej.


Setelah mencuci wajahnya Nina menuju ke Café. “Imran!” Nina berlari anak menuju ke arah Imran. “Gedebukk!” Nina terjatuh betul-betul di hadapan Imran kerana terpijak kulit pisang. Shasha yang sengaja membuang kulit pisang itu di lantai dan ketawa dengan insiden Nina jatuh macam nangka busuk.“ Kau termenung lagi! Fuh.. kau ni naif sangat la. Bendul.” Keluh Imran lemah dan membantu Nina. Uniformnya kotor akibat jatuh tersembam. Imran malas nak menasihati Nina yang sememangnya lalai. “Mana ada aku termenunglah! Tolong la aku.” Balas Nina.


“Aku rasa dah hilang dah kotoran kat baju kau ni. Aku dah basuh. Nah, kau pakailah sweater aku dulu.” Imran memberikan sweaternya pada Nina. “Muatlah, kau pakai saiz apa ni? Saiz S yer?” teka Nina. “Taklah, aku pakai saiz M tapi perempuan punya potongan. Hehehe. Aku pun nak jugak bagi nampak cutting aku yang cantik ni.” Balas Imran gedik. “Kauni, gedik betul. Er, Imran.. thanks ye.” “Apa yang kau nak say thanks?? Biasa la aku kan suka tolong orang. Meh sini lutut kau tu. Lainkali jalan jangan pandang depan je. Bawah pun kena tengok juga. Teruk juga luka kau ni. Aku cuci sikit dengan antibiotic ni ya.” Imran meletakkan sedikit antibiotic pada lutut Nina yang cedera akibat terjatuh tadi. “Eh, takpe jangan..” Nina menepis tangan Imran daripada menyentuh lutunya. “Nina, jangan degil la, sayang la kalau kaki yang cantik macam ni ada parut.” “Cantik?? Tak pernah pun ada orang yang puji aku dan ambil berat macam ni.” Hati kecil Nina bersuara. “Ouch.. sakit la Im.” “Tahan la sikit. Memang kalau letak ubat ni dia akan pedih sikit. Tahan ya.” Balas Imran penuh dengan kelembutan. “Sejak kebelakangan ni, sikap Imran lebih berkelelakian dan ini amat merunsingkan aku. Peliknya dada aku berdegup kencang. Kenapa sejak kebelakangan ini perasaan aku semacam je bila dengan dia. Imran, kau selalu sentiasa disisi aku bila aku perlukan bantuan dan aku sentiasa boleh bergantung harap padamu, aku rasa selamat disampingmu Imran. Apabila aku mula sedar akan semuani kau pula akan meninggalkan aku.” Desis hati Nina. “Imran, aku, aku suka....” Kata-kata Nina terpotong apabila Amir muncul. “Nina! Kenapa dengan kau?” soal Amir dan segera menghampiri kekasihnya. “Ah, takde apa-apa, aku tergelincir tadi so, sweater uniform ni kotor sikit.” “Nah, kau pakai sweater aku ni. Pulangkan balik sweater Im tu.” Arah Amir. “Wah cemburukah kau Amir? Hm.. sayangnya kau pada Nina, kalaulah kau boleh menyayangi aku macam tu.. walaupun seinci wahai Amir kesayanganku…” sampuk Imran dengan wajah yang berseri-seri. “Imran! Kan aku dah cakap jangan bergurau macam tu dengan aku.” Marah Amir. Imran hanya tersengih. “Jangan lepaskan Amir tau Nina. Dia lelaki yang sesuai untuk kau.” Imran bangun dan menolak Nina ke dalam pangkuan Amir kemudian meninggalkan mereka berdua. “Takpe ke aku pakai sweater kau?” soal Nina. “Takpe akukan ada kau untuk panaskan aku.” Seloroh Amir. Nina turut ketawa kecil. “Aku bukan alat pemanas badan la Amir.” Balas Nina dan mereka berjalan beriringan berpimpin tangan. Amir kemudian sempat membisikkan sesuatu ke telinga Nina, “Aku sayangkan kau dan aku akan jaga kau baik-baik.” “Aku pun.” Balas Nina perlahan.



Hari ini adalah hari terakhir Imran bersama mereka. Ramai pelajar satu kelas yang mengucapkan selamat tinggal kepada Imran. “Aku hantar kau ya nanti Im.” Jojo bersuara dan meyalam tangan Imran. “Aku pun. Tapi sampai hati kau bagitahu kitorang semua sekarang. Kenapa tak beritahu awal-awal?” soal Yati pula. “Ala, setahun je. Nanti aku balik juga. Aku pergi sana pun atas urusan family.” Balas Imran kecoh.


Nina mencari-cari kelibat Imran. “Kau ada nampak Imran tak?” soal Nina pada rakan sekelasnya. “Ada, dia dengan Amir lepak kat blok belakang. Imran nak luahkan perasaan dia pada Amir kot. Hahaha..” seloroh Adli. Nina dengan segera menuju ke blok belakang dan terdengar perbualan antara Amir dan Im. Nina menyorok di sebalik dinding. “Budak gedik-gedik tu yang buat dia macamtu. Dia selalu kena buli. Kau jagalah dia bila aku dah takde nanti.” Terang Im pada Amir. “Kena buli? Tapi kenapa sekarang kau bagitahu aku? Dan kenapa kau yang dia bagitahu bukan aku??” Sementara itu, “Kat sini kau, hah, aku nak kau dengar baik-baik ye pompuan tak sedar diri, aku nak kau putus dengan Amir, kalau tak teruk kau aku buat.” Shasha mengeluarkan pisau lipat dan mengacu ke muka Nina. Rakannya yang lain memegang tangan Nina. “Ah.. apani.. tolong.. TOLONG IMRAN!!” Jerit Nina. “kenapa nama Imran yang aku panggil?? Kenapa bukan nama Amir, dia adalah orang yang sepatutnya menjaga aku dan aku patut menjerit namanya.. tapi mengapa mulut ni asyik nak menyebut nama Imran???” Hati Nina berkata-kata. Imran dan Amir yang terdengar meluru ke arah Nina yang berada di balik blok. Amir menarik Shasha, malangnya pisau itu terkena wajah mulus Nina. “Ah, Nina. Nanti aku ambil kotak kecemasan.” Imran berlari untuk mendapatkan kotak kecemasan. “Baik kau berambus sebelum aku tumbuk korang.” Tenang Amir bersuara” Shasha dan gengnya terus berlalu, takut diapa-apakan oleh Amir dan rasa bersalah kerana mengugut Nina serta tidak semena-mena telah mencederakan Nina. “Nina, muka kau, tangan ni, lutut semua sebab aku kan. Kenapa kau tak bagitahu aku hal ni?” Amir mengusap lembut wajah Nina. “Ah, Imran pun tahu fasal hal ni pun secara kebetulan. Kau jangan risau ok.” Balas Nina. Amir kemudian memeluk Nina erat. “Mulai saat ini aku akan selalu jaga kau ya Nina dan maafkan aku kerana semuanya kau yang tanggung.” “Em.. baiklah.” Balas Nina. Imran yang muncul ketika itu terkedu dengan kemesraan Amir dan Nina. “Maafkan aku Im, lagipun kau yang suruh aku bersama dengan Amir.” Desis hati Nina. “Buk!” Imran memukul belakang Amir dengan kotak kecemasan. “Kau kenapa? Kau yang lepaskan Nina untuk aku kan?! ” Soal Amir dengan nada yang tinggi. “Aku memang bodoh sebab lepaskan Nina dan gunakan alasan berpindah untuk lepaskan dia. Tapi aku nak kau tahu yang cinta aku pada Nina tak kurang dari kau!” Marah Imran. “Bukk” Amir menumbuk muka Imran. Imran jatuh terduduk. Nina kaget dengan situasi yang berlaku. “Betul, memang aku lepaskan Nina untuk kau Mir, sebab bagi aku, kau lelaki yang layak untuk menjaga Nina kerana keperibadian kau yang aku sanjung. Kau boleh di harap dan sangat berkelelakian dan aku sangat memandang tinggi terhadap kau. Pada aku, daripada lihat Nina di samping lelaki lain yang aku tak kenali pada masa depan, aku lebih rela kalau Nina bahagia di samping kau Amir.” Luah Imran. Amir menumbuk Imran buat kali kedua. Darah terpacul keluar dari bibir Imran. “Ah! Kenapa ni?? Amir, sudahlah, Imran, kenapa baru sekarang kau luahkan semua ni? Apa maksud kau yang dulu? Kau yang nak aku jaga Amir untuk kau.. tapi sekarang?? Kau penipu Imran!” Nina menangis dalam dakapan Amir. “Hehe, maafkan aku.” Imran bangun dan terus berlalu.



Hari ini adalah hari pemergian Imran ke Australia. Nina dan Amir keluar bersama pada hari tersebut tetapi bukan untuk menghantar sahabat mereka itu sebaliknya mereka keluar bersiar-siar bersama. “Wah, cantik kan baju ni Amir?” Soal Nina. “Hm, cantik.” Balas Amir ringkas. Sebenarnya sedikit sebanyak Amir juga sedih akan apa yang berlaku dan sentiasa memikirkan tentang Imran. Lelaki lembut yang kembali bersifat kelelakian sejak sebulan yang lalu semuanya kerana cintanya pada Nina. “Amir, aku cakap dengan kau tapi fikiran kau ke lain pula.” Keluh Nina. “Hah? Apadia? Maaf, aku teringatkan Imran. Nina, betul ke kau tak nak jumpa dia buat kali terakhir?” soal Amir. Nina tersentak. “Ha? Betul la, aku kan teman wanita kau, kenapa aku nak sibuk hal dia pula. Biarlah dia. Lagipun dah takde apa antara aku dengan dia.” Balas Nina. Amir sedar yang kata-kata Nina itu bukanlah ikhlas di hatinya. “Nina, kau tunggu kejap ye. Aku nak pergi tandas.” “Ok.”



Sepanjang hari Nina bersama dengan Amir dan hatinya gembira walaupun Amir tak macam Imran yang selalu memuji dan mengkritik penampilannya serta banyak memberi pandangan tentang pakaian yang hendak di beli dan selalu membuatkan hatinya gembira dengan telatahnya yang suka bercakap. Mereka kemudian menikmati minum petang di Café Coffee Bean, “Nina, aku tahu kau sayangkan Imran daripada aku. Aku sedar walaupun aku macamni tetapi Imran yang lebih banyak mengambil berat tentang kau. Imran yang tahu segalanya mengenai kau bukan aku. Aku tahu aku ni nama saja teman lelaki kau tapi aku langsung tak berikan masa untuk kau dan tak menjaga kau dengan baik. Kau jangan menipu hati kau sendiri Nina.” “Amir… aku, aku cuba untuk buang Imran dari fikiran aku jauh-jauh. Tapi tak boleh. Aku memang sayangkan dia. Tapi aku dah bersama dengan kau, takkan aku nak tinggalkan kau..” Lemah suara Nina dan matanya mula berair. “Nina, kau jangan bimbang fasal aku. Aku sayangkan kau dan nak lihat kau bahagia dengan Imran. Aku sayangkan hubungan kita bertiga. Demi korang aku sanggup berkorban kerana aku rasa Imran lebih layak untuk kau. Dan aku janji sepanjang ketiadaan Imran, aku akan jaga kau sepertimana kau dijaga oleh Imran.” Terang Amir pada Nina. “Hey, mana boleh, nanti lama-lama Nina akan jatuh cinta pada kau pula.” Sampuk Imran yang muncul secara tiba-tiba. Nina terkejut dan gembira, Nina bangun “Imran!” Nina bersuara gembira dan memeluk erat Imran. “Thanks Amir.” Balas Imran dan mengenyitkan matanya pada Amir. “Kenapa kau tak pergi?” soal Nina. “Aku postpone. Aku bertolak esok malam. Amir call aku dan terangkan segalanya dan dia yang suruh aku datang sini.” Balas Imran yang nampak segak dan bersahaja apabila dia mengenakan jeans, kasut kanvas converse dan t-shirt berkolar jenama Seed tanpa scarf di lehernya. Selalunya Imran akan sentiasa mengenakan Scarf di lehernya. “Amir, kaulah sahabat yang paling baik dan paling aku sayang.” Nina menggenggam erat jemari Amir. “Hehe, takpe, demi korang. Lagipun aku kan kacak dan famous senang je nak cari teman wanita.” Seloroh Amir walaupun hatinya sedikit terluka namun demi persahabatannya dengan Nina dan Imran dia sanggup kehilangan segalanya asalkan mereka bertiga akan sentiasa bersama. “Baru nampak lelaki kalau kau pakai macamni.” Gurau Amir. “Aku tahu, thanks kat kau sebab bagi aku pinjam baju kau ni semua.” Balas Imran yang berjanji pada Amir akan mengubah penampilan dan dirinya menjadi lelaki sebenar untuk Nina. “Yey! Aku sayang dua-dua.” Nina memeluk kedua lelaki teristimewa dalam hidupnya itu.



Cinta dan persahabatan merupakan garisan yang berbeza dan kita sebagai pencipta garisan itu perlulah menyambungkan garisan itu menjadi sebuah bentuk yang sempurna. Seperti mereka yang menjadikan garisan itu sebagai sebuah segitiga yang lengkap dan berkekalan selama-lamanya. Hargailah mereka yang menyayangi kita.


- ThE EnD -

Wednesday, August 12, 2009

Makhluk Malam Penghisap Darah (INTRO)




INSPIRED BY TWILIGHT

Fikri pernah menjadi seorang remaja lelaki yang normal, terkenal di zaman persekolahan dan seorang remaja yang periang dan selalu bergurau senda dengan adik kembarnya.


“Fit, sini la.. ambil kan abang kusyen tu..” Arah Fikri. “Ish, abangni pemalas la.. kusyen pun tak boleh ambil. Bukannya patah tangan tu pun kalau ambil sendiri.” Bebel Fitri. “Omak kau!! Mama!!!” Fitri menjerit dan berlari ke dapur mendapatkan ibunya. “Kenapa ni Fitri? Fikri! Apa yang kau buat dengan adik ni??” marah ibunya dari dapur. “Hahahaha…kelakar..kelakar..” Fikri ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya. Rupa-rupanya Odie. “Dah tahu kan adik kau ni takut dengan kucing.. yang kau bawa Odie masuk kenapa?” marah ibunya lagi. “Ala ma, gurau-gurau je.. hahaha, kauni Fit, badan je besar tapi penakut.” Fikri menyekeh kepala adiknya. “Takut la.. “



Fikri juga seorang yang rajin dan selalu menolong ibunya menjaga budak. Fikri merupakan seorang yang sangat penyayang.


Fikri dan Fitri juga mempunyai kegemaran yang sama dan sering menonton rancangan seram dan vampire di malam hari. Menonton rancangan seram bersama merupakan salah satu perkara yang wajib dilakukan oleh mereka berdua.

“Kau tengok tu dik, kesian kan orang yang dia gigit, terus mati..” “Ha’ah, tapi nak buat macamana sebab habitat dia memang macam tu. Apa la abang ni, tak payah la nak percaya sangat. Semua ni karut je.. mana ada vampire betul-betul wujud.” Balas Fitri sambil mengunyah pop corn. “Yelah, tapi boleh jadi la wujud dalam dunia. Cuma bukan kat Negara kita je. Hehehe..” “Tahu pun… tapi vampire ni dasyat la kan bang.. muka memang handsome habis.. kalau la kite ni dapat muka camtu, senang nye nak ngorat pompuan.” “Amboi, kucing pun kau takut ada hati nak ngorat perempuan, blah la.. tapi kan, abang teringin sangat nak jadik vampire ni.. kalau la dapat ditakdirkan abang jadi vampire.. hah! Abis kau abang gigit.. hahahaha…” “Gila abang! Mengarutlah!”

Hingga tiba satu malam, “Mama, Fik keluar kejap nak beli liquid paper. Urgent ni, tak siap keje umah ni memang habis la markah Fik.” “Dah malam sangat dah ni Fik, esok aje la, mana ade kedai bukak lewat malam macam ni.” “ada, 7 eleven.” Ringkas jawapan Fikri. “Ajaklah Fitri temankan. Sorang-sorang bahaya.” Sampuk ayahnya yang sedang asyik menonton rancangan sukan golf di Astro. “Dia dah tidur la ayah. Tau je la dia tu pantang dapat bantal je, tidur..” seloroh Fikri.

“La La La, lain macam la pulak malam nie.. kenapa la bulu roma menegak semacam ni.. ish, seram sejuk la..” ngomel Fikri sendirian. Kemudian, muncul la ‘sesuatu’ betul-betul berada di hadapan Fikri..

Malam itu, Fikri telah ditakdirkan untuk bertemu dengan makhluk malam yang sebenar yang akan menyatukan mereka berdua.


“Jangan lari.. aku hanya ingin berkawan…” suara menyeramkan yang keluar dari bibir hitam milik makhluk di hadapannya. Saat makhluk itu membuka mulutnya, gigi taring yang masih mempunyai kesan darah benar-benar dapat dilihat secara live oleh mata kepala Fikri. Dengan tak semena-mena Fikri terus berlari.. tetapi sesaat kemudian langkah kakinya berhenti. Oleh kerana sifat ingin tahu melebihi sifat ketakutannya Fikri berhenti dan berpaling kembali ke arah makhluk itu… itulah makhluk yang dia agung-agungkan selama ini. Ya, makhluk yang dipanggil vampire itu muncul dengan nyata di hadapan mata Fikri. Makhluk itu semakin mendekati Fikri. “Aku.. hanya nak berkawan dengan kau..” “Apa, apa kau memang betul-betul wujud?? Siapa nama kau??” “Aku hanya wujud pada orang yang mempercayai kewujudan aku.. kau panggil sahaja aku Dwane..”

Sejak kejadian malam itu, Fikri akan sentiasa berjumpa dengan vampire bernama Dwane itu.. Fikri amat menyenangi Dwane, vampire yang kehausan darah yang berada di dunia ini selama lebih seribu tahun. Dwane menjadi seperti manusia biasa apabila berada di sisi Fikri. Sikap keterbukaan yang dimiliki oleh Dwane menyebabkan Fikri sangat selesa bersama Dwane.


Walaubagaimanapun, Dwane hanyalah vampire yang hidup beribu-ribu tahun tetapi tidak boleh mendapatkan keturunan. Apabila terfikirkan mengenai Fikri, Dwane terasa seperti alangkah bagusnya hidup sekiranya dia mempunyai keturunan yang akan menemaninya selamanya.

Sehingga pada satu malam, malam yang akan mengubah segalanya. Malam yang Fikri tidak akan dapat lupakan. Malam yang tidak pernah terlintas di kepala Fikri akan berlaku. Dwane mengenakan jampi keatas Fikri dan menjadikan Fikri sebagai spesisnya. Kedua gigi taring Dwane menebuk tengkuk Fikri dan Dwane mengalirkan darah abadinya memasuki tubuh Fikri dan ini akan menjadikan Fikri hidup kesunyian dalam kegelapan selamanya.


“Argh!! Apa yang kau buat ni Dwane??? Arh, sakitnya…” Fikri meraung kesakitan sambil menekup tapak tangannya pada bekas gigitan Dwane di tengkuknya. “Kau akan kekal abadi bersama aku sekarang… kau adalah sebahagian daripada hidup aku Fikri…” balas Dwane. “TIDAAKKK… Argh….” Fikri berlari ketakutan sambil menahan kesakitan. Fikri terus masuk ke dalam biliknya dan menenangkan dirinya bahawa apa yang berlaku adalah mimpi semata-mata. Berulangkali Fikri memberitahu pada dirinya perkara itu tidak berlaku dan tidak akan berlaku… tapi adakah semua itu benar??

Keesokan harinya, Fikri bersiap hendak pergi ke sekolah seperti biasa dan menyatakan bahawa dia tidak akan menjadi seekor vampire. Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari rumah, Fikri terasa sinaran matahari telah membakar dirinya. Fikri tidak akan pernah sekalipun kembali merasa berjalan di bawah sinaran matahari dan merasa kehangatan berada di bawah panas matahari. Fikri hanya mampu untuk hidup di bawah terangan cahaya bulan untuk selama-lamanya.

Walaupun itu telah berlaku, Fikri tetap menyatakan bahawa dia bukan seekor vampire, Fikri tetap cuba untuk hidup seperti remaja yang lain. Mandi, berus gigi….. “Ah! Tidak!!!” Fikri menjerit dan menghempas cermin apabila terlihat wajahnya yang kelihatan pucat dan gigi taring yang mulai tumbuh. Giginya tajam seperti gigi seekor seringala manakala Fikri juga telah mendapat kuasa yang luar biasa. Fikri mampu untuk mengangkat benda-benda yang tidak mungkin seorang manusia mampu mengangkat seperti kereta tanpa perlu bersusah-payah.

Sejak malam yang durjana itu berlaku ke atas Fikri, keluarganya perasan akan perubahan Fikri. Dia tidak mahu pergi ke sekolah. Alasannya sakit. Fikri tidak lagi pergi bermain bola bersama kawannya. Malah Fikri juga kurang bercakap dan pendiam sedangkan itu bukanlah perwatakannya. Fikri seorang yang aktif, penyayang dan suka bergurau senda. Fitri juga terasa sesuatu telah berlaku ke atas kembarnya itu. Fitri juga kadang kala terasa seperti tidak sihat. “Abang, kau ok ke??” soal Fitri pada satu hari. “Ok je..” balas Fikri sambil menekup mukanya dengan bantal. “Abang, janganlah macamni.. kalau ada apa-apa bagitahulah.. mama bising kau tak makan langsung..”“Aku tak lapar…” “Yelah.. tu ha, Odie abang bising je.. bunyi macam nak gaduh je..” “Dia lapar la tu.. nanti aku bagi dia makan, dia senyaplah..” Fitri putus asa memujuk abangnya dan terus keluar dari bilik mereka itu. Kucing kesayangan Fikri, Odie tahu mengenai perubahan tuannya dan seolah-olah tidak suka dengan perubahan Fikri itu kerana Odie boleh bau akan kejahatan yang bakal dilakukan oleh tuannya.


Malam itu, Fikri termimpi akan darah manusia. Dahaganya pada darah manusia sentiasa bertambah setiap saat, Fikri dapat merasakan dan bau darah itu sentiasa berlegar di ruang udara terutama di dalam biliknya di mana dia dan Fitri berkongsi bilik. Dimana kembarnya, Fitri tidur bersebelahan katilnya. Fikri merenung leher adiknya berjam lamanya, membayangkan dengan sekali tusukan giginya terbenam di leher adiknya, darah akan mengalir keluar dan meleleh, merah pekat dengan bau yang hanyir yang akan mengenyangkan dirinya. Betapa bencinya Fikri pada dirinya kini kerana terasa seperti binatang buas yang sungguh kejam. Kemudian, Fitri terjaga dan terkejut melihat abangnya yang berada di sebelah katilnya sambil merenung tajam. “Fitri bingkas bangun, “Abang..kenapa?” soal Fitri kehairanan. Mata Fikri masih tertumpu di leher yang masih mempunyai nadi milik adiknya. Dia masih tidak perasan akan soalan adiknya dan tetap mahukan darah untuk memuaskan dirinya. Dengan sekelip mata, Fikri menyerang adiknya dan mengigit leher adiknya untuk menghisap darah adiknya tetapi belum pun sempat dia menghisap darah adiknya, Fikri tersedar akan perbuatannya, Fikri dengan pantas “Apa.. apa.. aku dah buat ni…??! Fit! Ampunkan aku! Ampunkan abang, abang.. tak sangka.. Argh!!” Fikri berlari keluar dari rumah mereka. Fitri yang masih terasa kesakitan akibat gigitan abangnya terus pengsan dan tidak sedarkan diri. Mujur darah muda Fitri tidak sempat menjadi santapan Fikri.


Fitri pengsan tidak sedarkan diri dan ini merupakan amaran kepada diri Fikri yang tidak mampu mengawal nafsu kehausan darah manusia dan menyedari bahawa inilah takdir yang telah ditentukan terhadap dirinya. Menjadi makhluk malam di mana inilah saatnya bahawa dia perlu meninggalkan keluarga tersayang demi kebaikan mereka!


Fikri menangis semahunya, hatinya terlalu berat untuk meninggalkan kedua ibu bapanya dan adik kembarnya namun demi untuk kebaikan bersama, Fikri harus keluar dari rumah tersebut. Malam ini merupakan saat terakhir Fikri menatap wajah orang yang disayanginya dan hanya Dwane, vampire yang telah mengalirkan darah abadinya terhadap Fikri yang mampu untuk menolongnya mengawal nafsu binatangnya. “Fitri, bangun lah..” kejut Fikri. Fitri bangun dan tidak mengingati apa yang berlaku sebelum ini memandang wajah abangnya. “Ape ni kejut malam-malam buta, nak tidurlah, esok nak sekolah..” balas Fitri lemah. Fikri tidak menjawab pertanyaan adiknya, Fikri terus memeluk adiknya sepuas-puas hatinya. “Ok, saja je nak kacau kau malam-malam ni dik..” balas Fikri dan pura-pura tidur kembali di katilnya. Fitri menggelangkan kepalanya dan sambung kembali tidurnya.


Fikri masuk ke kamar ibu dan ayahnya. Fikri mencium dahi kedua ibu bapanya, tidak sampai hatinya nak mengganggu mereka yang sedang enak tidur. Air matanya mula menitik, “selamat tinggal mama, ayah.. selamanya.. Fikri akan sentiasa ingat mama, ayah dan Fitri selamanya dalam hati Fikri..” ucap Fikri perlahan. Kemudian kakinya laju mengatur langkah keluar dari rumah keluarganya. Fikri tidak mampu untuk memberitahu keluarganya mengenai perkara sebenar kerana tidak sanggup untuk berdepan dengan pelbagai persoalan dan tanggapan mereka terhadap dirinya yang aneh, jelik dan kejam.


Dalam keadaan yang terdesak, Fikri menjejaki si vampire tua itu. Dengan deria baunya yang sungguh tajam, Fikri berjaya menjejaki Dwane di sebalik hutan berdekatan dengan sebuah gereja lama yang tidak dihuni lagi. Apabila Fikri menjejaki kakinya di dalam gereja tersebut, dia terpana melihat sebuah keranda hitam dimana Dwane berada di dalamnya, beristirehat barangkali. Fikri menguatkan hatinya membuka keranda tersebut dan terkejut melihat Dwane terbaring di dalamnya. Kemudian dengan tidak semena-mena, kedua mata Dwane terbuka menyebabkan Fikri terkejut dan terjatuh. Dwane keluar dari keranda itu dan mendapatkan Fikri. Alangkah terkejutnya Fikri apabila Dwane sangat baik terhadapnya dan memohon kemaafan kerana menjadikan Fikri sepertinya. Fikri tahu bahawa tiada jalan yang akan membuatkan dirinya kembali seperti dahulu dan dia telah pun menerima takdir yang telah ditentukan untuknya iaitu menjadi makhluk penghisap darah di waktu malam..

Fikri melihat rumah keluarganya dari jauh buat kali terakhir, rumah dimana dia membesar selama 17 tahun, Fikri mengesat air mata yang jatuh setitik demi setitik dan kemudian dia dan Dwane berubah menjadi seekor kelawar, terbang jauh dari situ dan hilang disebalik awan malam…



…………………………………………