Pages

Wednesday, August 12, 2009

Makhluk Malam Penghisap Darah (INTRO)




INSPIRED BY TWILIGHT

Fikri pernah menjadi seorang remaja lelaki yang normal, terkenal di zaman persekolahan dan seorang remaja yang periang dan selalu bergurau senda dengan adik kembarnya.


“Fit, sini la.. ambil kan abang kusyen tu..” Arah Fikri. “Ish, abangni pemalas la.. kusyen pun tak boleh ambil. Bukannya patah tangan tu pun kalau ambil sendiri.” Bebel Fitri. “Omak kau!! Mama!!!” Fitri menjerit dan berlari ke dapur mendapatkan ibunya. “Kenapa ni Fitri? Fikri! Apa yang kau buat dengan adik ni??” marah ibunya dari dapur. “Hahahaha…kelakar..kelakar..” Fikri ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya. Rupa-rupanya Odie. “Dah tahu kan adik kau ni takut dengan kucing.. yang kau bawa Odie masuk kenapa?” marah ibunya lagi. “Ala ma, gurau-gurau je.. hahaha, kauni Fit, badan je besar tapi penakut.” Fikri menyekeh kepala adiknya. “Takut la.. “



Fikri juga seorang yang rajin dan selalu menolong ibunya menjaga budak. Fikri merupakan seorang yang sangat penyayang.


Fikri dan Fitri juga mempunyai kegemaran yang sama dan sering menonton rancangan seram dan vampire di malam hari. Menonton rancangan seram bersama merupakan salah satu perkara yang wajib dilakukan oleh mereka berdua.

“Kau tengok tu dik, kesian kan orang yang dia gigit, terus mati..” “Ha’ah, tapi nak buat macamana sebab habitat dia memang macam tu. Apa la abang ni, tak payah la nak percaya sangat. Semua ni karut je.. mana ada vampire betul-betul wujud.” Balas Fitri sambil mengunyah pop corn. “Yelah, tapi boleh jadi la wujud dalam dunia. Cuma bukan kat Negara kita je. Hehehe..” “Tahu pun… tapi vampire ni dasyat la kan bang.. muka memang handsome habis.. kalau la kite ni dapat muka camtu, senang nye nak ngorat pompuan.” “Amboi, kucing pun kau takut ada hati nak ngorat perempuan, blah la.. tapi kan, abang teringin sangat nak jadik vampire ni.. kalau la dapat ditakdirkan abang jadi vampire.. hah! Abis kau abang gigit.. hahahaha…” “Gila abang! Mengarutlah!”

Hingga tiba satu malam, “Mama, Fik keluar kejap nak beli liquid paper. Urgent ni, tak siap keje umah ni memang habis la markah Fik.” “Dah malam sangat dah ni Fik, esok aje la, mana ade kedai bukak lewat malam macam ni.” “ada, 7 eleven.” Ringkas jawapan Fikri. “Ajaklah Fitri temankan. Sorang-sorang bahaya.” Sampuk ayahnya yang sedang asyik menonton rancangan sukan golf di Astro. “Dia dah tidur la ayah. Tau je la dia tu pantang dapat bantal je, tidur..” seloroh Fikri.

“La La La, lain macam la pulak malam nie.. kenapa la bulu roma menegak semacam ni.. ish, seram sejuk la..” ngomel Fikri sendirian. Kemudian, muncul la ‘sesuatu’ betul-betul berada di hadapan Fikri..

Malam itu, Fikri telah ditakdirkan untuk bertemu dengan makhluk malam yang sebenar yang akan menyatukan mereka berdua.


“Jangan lari.. aku hanya ingin berkawan…” suara menyeramkan yang keluar dari bibir hitam milik makhluk di hadapannya. Saat makhluk itu membuka mulutnya, gigi taring yang masih mempunyai kesan darah benar-benar dapat dilihat secara live oleh mata kepala Fikri. Dengan tak semena-mena Fikri terus berlari.. tetapi sesaat kemudian langkah kakinya berhenti. Oleh kerana sifat ingin tahu melebihi sifat ketakutannya Fikri berhenti dan berpaling kembali ke arah makhluk itu… itulah makhluk yang dia agung-agungkan selama ini. Ya, makhluk yang dipanggil vampire itu muncul dengan nyata di hadapan mata Fikri. Makhluk itu semakin mendekati Fikri. “Aku.. hanya nak berkawan dengan kau..” “Apa, apa kau memang betul-betul wujud?? Siapa nama kau??” “Aku hanya wujud pada orang yang mempercayai kewujudan aku.. kau panggil sahaja aku Dwane..”

Sejak kejadian malam itu, Fikri akan sentiasa berjumpa dengan vampire bernama Dwane itu.. Fikri amat menyenangi Dwane, vampire yang kehausan darah yang berada di dunia ini selama lebih seribu tahun. Dwane menjadi seperti manusia biasa apabila berada di sisi Fikri. Sikap keterbukaan yang dimiliki oleh Dwane menyebabkan Fikri sangat selesa bersama Dwane.


Walaubagaimanapun, Dwane hanyalah vampire yang hidup beribu-ribu tahun tetapi tidak boleh mendapatkan keturunan. Apabila terfikirkan mengenai Fikri, Dwane terasa seperti alangkah bagusnya hidup sekiranya dia mempunyai keturunan yang akan menemaninya selamanya.

Sehingga pada satu malam, malam yang akan mengubah segalanya. Malam yang Fikri tidak akan dapat lupakan. Malam yang tidak pernah terlintas di kepala Fikri akan berlaku. Dwane mengenakan jampi keatas Fikri dan menjadikan Fikri sebagai spesisnya. Kedua gigi taring Dwane menebuk tengkuk Fikri dan Dwane mengalirkan darah abadinya memasuki tubuh Fikri dan ini akan menjadikan Fikri hidup kesunyian dalam kegelapan selamanya.


“Argh!! Apa yang kau buat ni Dwane??? Arh, sakitnya…” Fikri meraung kesakitan sambil menekup tapak tangannya pada bekas gigitan Dwane di tengkuknya. “Kau akan kekal abadi bersama aku sekarang… kau adalah sebahagian daripada hidup aku Fikri…” balas Dwane. “TIDAAKKK… Argh….” Fikri berlari ketakutan sambil menahan kesakitan. Fikri terus masuk ke dalam biliknya dan menenangkan dirinya bahawa apa yang berlaku adalah mimpi semata-mata. Berulangkali Fikri memberitahu pada dirinya perkara itu tidak berlaku dan tidak akan berlaku… tapi adakah semua itu benar??

Keesokan harinya, Fikri bersiap hendak pergi ke sekolah seperti biasa dan menyatakan bahawa dia tidak akan menjadi seekor vampire. Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari rumah, Fikri terasa sinaran matahari telah membakar dirinya. Fikri tidak akan pernah sekalipun kembali merasa berjalan di bawah sinaran matahari dan merasa kehangatan berada di bawah panas matahari. Fikri hanya mampu untuk hidup di bawah terangan cahaya bulan untuk selama-lamanya.

Walaupun itu telah berlaku, Fikri tetap menyatakan bahawa dia bukan seekor vampire, Fikri tetap cuba untuk hidup seperti remaja yang lain. Mandi, berus gigi….. “Ah! Tidak!!!” Fikri menjerit dan menghempas cermin apabila terlihat wajahnya yang kelihatan pucat dan gigi taring yang mulai tumbuh. Giginya tajam seperti gigi seekor seringala manakala Fikri juga telah mendapat kuasa yang luar biasa. Fikri mampu untuk mengangkat benda-benda yang tidak mungkin seorang manusia mampu mengangkat seperti kereta tanpa perlu bersusah-payah.

Sejak malam yang durjana itu berlaku ke atas Fikri, keluarganya perasan akan perubahan Fikri. Dia tidak mahu pergi ke sekolah. Alasannya sakit. Fikri tidak lagi pergi bermain bola bersama kawannya. Malah Fikri juga kurang bercakap dan pendiam sedangkan itu bukanlah perwatakannya. Fikri seorang yang aktif, penyayang dan suka bergurau senda. Fitri juga terasa sesuatu telah berlaku ke atas kembarnya itu. Fitri juga kadang kala terasa seperti tidak sihat. “Abang, kau ok ke??” soal Fitri pada satu hari. “Ok je..” balas Fikri sambil menekup mukanya dengan bantal. “Abang, janganlah macamni.. kalau ada apa-apa bagitahulah.. mama bising kau tak makan langsung..”“Aku tak lapar…” “Yelah.. tu ha, Odie abang bising je.. bunyi macam nak gaduh je..” “Dia lapar la tu.. nanti aku bagi dia makan, dia senyaplah..” Fitri putus asa memujuk abangnya dan terus keluar dari bilik mereka itu. Kucing kesayangan Fikri, Odie tahu mengenai perubahan tuannya dan seolah-olah tidak suka dengan perubahan Fikri itu kerana Odie boleh bau akan kejahatan yang bakal dilakukan oleh tuannya.


Malam itu, Fikri termimpi akan darah manusia. Dahaganya pada darah manusia sentiasa bertambah setiap saat, Fikri dapat merasakan dan bau darah itu sentiasa berlegar di ruang udara terutama di dalam biliknya di mana dia dan Fitri berkongsi bilik. Dimana kembarnya, Fitri tidur bersebelahan katilnya. Fikri merenung leher adiknya berjam lamanya, membayangkan dengan sekali tusukan giginya terbenam di leher adiknya, darah akan mengalir keluar dan meleleh, merah pekat dengan bau yang hanyir yang akan mengenyangkan dirinya. Betapa bencinya Fikri pada dirinya kini kerana terasa seperti binatang buas yang sungguh kejam. Kemudian, Fitri terjaga dan terkejut melihat abangnya yang berada di sebelah katilnya sambil merenung tajam. “Fitri bingkas bangun, “Abang..kenapa?” soal Fitri kehairanan. Mata Fikri masih tertumpu di leher yang masih mempunyai nadi milik adiknya. Dia masih tidak perasan akan soalan adiknya dan tetap mahukan darah untuk memuaskan dirinya. Dengan sekelip mata, Fikri menyerang adiknya dan mengigit leher adiknya untuk menghisap darah adiknya tetapi belum pun sempat dia menghisap darah adiknya, Fikri tersedar akan perbuatannya, Fikri dengan pantas “Apa.. apa.. aku dah buat ni…??! Fit! Ampunkan aku! Ampunkan abang, abang.. tak sangka.. Argh!!” Fikri berlari keluar dari rumah mereka. Fitri yang masih terasa kesakitan akibat gigitan abangnya terus pengsan dan tidak sedarkan diri. Mujur darah muda Fitri tidak sempat menjadi santapan Fikri.


Fitri pengsan tidak sedarkan diri dan ini merupakan amaran kepada diri Fikri yang tidak mampu mengawal nafsu kehausan darah manusia dan menyedari bahawa inilah takdir yang telah ditentukan terhadap dirinya. Menjadi makhluk malam di mana inilah saatnya bahawa dia perlu meninggalkan keluarga tersayang demi kebaikan mereka!


Fikri menangis semahunya, hatinya terlalu berat untuk meninggalkan kedua ibu bapanya dan adik kembarnya namun demi untuk kebaikan bersama, Fikri harus keluar dari rumah tersebut. Malam ini merupakan saat terakhir Fikri menatap wajah orang yang disayanginya dan hanya Dwane, vampire yang telah mengalirkan darah abadinya terhadap Fikri yang mampu untuk menolongnya mengawal nafsu binatangnya. “Fitri, bangun lah..” kejut Fikri. Fitri bangun dan tidak mengingati apa yang berlaku sebelum ini memandang wajah abangnya. “Ape ni kejut malam-malam buta, nak tidurlah, esok nak sekolah..” balas Fitri lemah. Fikri tidak menjawab pertanyaan adiknya, Fikri terus memeluk adiknya sepuas-puas hatinya. “Ok, saja je nak kacau kau malam-malam ni dik..” balas Fikri dan pura-pura tidur kembali di katilnya. Fitri menggelangkan kepalanya dan sambung kembali tidurnya.


Fikri masuk ke kamar ibu dan ayahnya. Fikri mencium dahi kedua ibu bapanya, tidak sampai hatinya nak mengganggu mereka yang sedang enak tidur. Air matanya mula menitik, “selamat tinggal mama, ayah.. selamanya.. Fikri akan sentiasa ingat mama, ayah dan Fitri selamanya dalam hati Fikri..” ucap Fikri perlahan. Kemudian kakinya laju mengatur langkah keluar dari rumah keluarganya. Fikri tidak mampu untuk memberitahu keluarganya mengenai perkara sebenar kerana tidak sanggup untuk berdepan dengan pelbagai persoalan dan tanggapan mereka terhadap dirinya yang aneh, jelik dan kejam.


Dalam keadaan yang terdesak, Fikri menjejaki si vampire tua itu. Dengan deria baunya yang sungguh tajam, Fikri berjaya menjejaki Dwane di sebalik hutan berdekatan dengan sebuah gereja lama yang tidak dihuni lagi. Apabila Fikri menjejaki kakinya di dalam gereja tersebut, dia terpana melihat sebuah keranda hitam dimana Dwane berada di dalamnya, beristirehat barangkali. Fikri menguatkan hatinya membuka keranda tersebut dan terkejut melihat Dwane terbaring di dalamnya. Kemudian dengan tidak semena-mena, kedua mata Dwane terbuka menyebabkan Fikri terkejut dan terjatuh. Dwane keluar dari keranda itu dan mendapatkan Fikri. Alangkah terkejutnya Fikri apabila Dwane sangat baik terhadapnya dan memohon kemaafan kerana menjadikan Fikri sepertinya. Fikri tahu bahawa tiada jalan yang akan membuatkan dirinya kembali seperti dahulu dan dia telah pun menerima takdir yang telah ditentukan untuknya iaitu menjadi makhluk penghisap darah di waktu malam..

Fikri melihat rumah keluarganya dari jauh buat kali terakhir, rumah dimana dia membesar selama 17 tahun, Fikri mengesat air mata yang jatuh setitik demi setitik dan kemudian dia dan Dwane berubah menjadi seekor kelawar, terbang jauh dari situ dan hilang disebalik awan malam…



…………………………………………





No comments:

Post a Comment